HIBURAN
"I Told Them, Cancel ..." - Anak Masuk Hospital, Sambutan Hari Lahir Raf Yaakob Tak Jadi
Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob mendedahkan dia terpaksa membatalkan sambutan hari lahirnya semalam.
Menurut Raf, kejutan yang disediakan oleh Mawar tidak boleh diteruskan memandangkan anak perempuannya, Raden Seri Raysaa Chanela dimasukkan ke hospital.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
"9119. I was on my way to pick up @raysaachanela at school, then i've been told that Chanela was on her way to hospital.
"Went back home, tengok2 @mawarashid & @radenrayyan already ready with my surprise birthday celebration.
"I told them, CANCEL! Chanela takde. So we just took a picture of us 3 and then I quickly went to hospital to see my daughter.
"It's ok...dugaan. Nanti Ksya da baik, we celebrate again," kongsinya.
Raf turut mengucapkan terima kasih kepada Mawar kerana sanggup melakukan yang terbaik untuk dirinya.
"Nway thanks Anje. I never ask for all of this, but you always want to do the best for me and I appreciate it so much. Love you my Queen," tulisnya.
Rata-rata peminat dan pengikut IG Raf turut mendoakan agar Chanela kembali sihat seperti biasa.
Malah, ada juga sebilangan daripada mereka berkata Raf sangat bertuah kerana beristerikan wanita seperti Mawar.
Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri pada 9 November tahun lalu.
Hasil perkahwinan, Mawar sedang sarat hamil tujuh bulan.
Must-Watch Video