Sekilas
- Raja diumumkan tersingkir pada minggu kelima Mualim Muda 2 selepas mendapat markah 68.00% dalam cabaran tema Refleksi Lirik.
- Mualim Muda Mustaqim menerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan dan gelaran Mualim Muda Tergempak minggu ini.
- Program ini disiarkan setiap Sabtu di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.
Minggu kelima Mualim Muda 2 menyaksikan nama Raja diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Berada di kedudukan dua terbawah, Raja yang menghuraikan lirik lagu Menaruh Harapan mengikut tema Refleksi Lirik tersingkir dengan peratusan markah sebanyak 68.00 peratus.
“Selama lima minggu saya berada di sini, banyak yang saya belajar dan saya juga sangat bersyukur, terima kasih kerana beri saya peluang yang sangat indah ini,” ujarnya.
Selain Raja, satu lagi nama yang berada di tangga terbawah adalah Mualim Muda Yazid.
Dalam pada itu, Mualim Muda Mustaqim pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan dan juga penerima Mualim Muda Tergempak.
Untuk minggu kelima, kesemua peserta diberikan tema Refleksi Lirik iaitu menghuraikan mesej di sebalik lirik lagu yang dipilih dengan menggabungkan ciri-ciri islamik.
Berikut merupakan markah penuh minggu kelima:

Kesemua peserta dinilai oleh barisan juri berpengalaman iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr Kamilin Jamilin dan Ustazah Asni Mansor.
Dalam pada itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali menggalas tanggungjawab sebagai Mursyid atau pengetua program bagi membimbing serta memberikan motivasi kepada para peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
Musim ini turut menampilkan Atu Zero yang bergandingan dengan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC sebagai hos program.
Untuk rekod, Mualim Muda 2 bersiaran setiap Sabtu menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026.
Program ini juga boleh distrim menerusi platform On Demand di Astro GO dan sooka.