Skip to main content

Hollywood

Gara-Gara Ciapan Charlie Puth Lima Tahun Lalu, Ini Yang Terjadi Kepada Ruel & Sadie Jean!

Gara-Gara Ciapan Charlie Puth Lima Tahun Lalu, Ini Yang Terjadi Kepada Ruel & Sadie Jean!

Sekilas

  • Ruel dan Sadie Jean berkolaborasi dalam single terbaru berjudul Another You yang dilancarkan pada 16 Oktober, mengisahkan tentang kerinduan dan kehilangan seseorang yang istimewa.
  • Hubungan mereka bermula sejak 2021 selepas ciapan Charlie Puth, dan mereka telah mempersembahkan lagu ini secara langsung buat pertama kali di London sebelum pelancaran rasmi.
  • Ruel terus aktif dengan jelajah antarabangsa, pencapaian album di carta Billboard, serta penglibatan dalam dunia fesyen bersama jenama terkenal dunia.
Advertisement

Bermula dengan sebuah ciapan daripada penyanyi terkenal Charlie Puth pada 2021, penyanyi dan penulis lagu Australia, Ruel akhirnya menjalin kolaborasi bersama penyanyi pop Amerika Syarikat, Sadie Jean menerusi single berjudul Another You.

Dilancarkan pada 16 Oktober lalu menerusi Giant Music, lagu berkenaan mengangkat kisah kerinduan terhadap seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan serta kesedaran bahawa tidak semua insan mampu menggantikan tempatnya.

Advertisement

Menggabungkan kekuatan vokal Ruel dengan kelembutan suara Sadie Jean, Another You menyelami perasaan kehilangan dan kesukaran mencari kembali hubungan istimewa yang pernah dimiliki.

Menariknya, hubungan antara kedua-dua penyanyi itu bermula sejak lima tahun lalu selepas Charlie Puth membuat ciapan mengenai lagu masing-masing.

“Saya dan Sadie mula berhubung pada 2021 selepas Charlie Puth membuat ciapan tentang lagu kami yang baru sahaja dilancarkan ketika itu.

Advertisement

“Kini, saya sangat gembira kerana dia dapat menyertai jelajah Kicking & Screaming di UK dan Eropah.

“Dapat melengkapkan perjalanan ini dengan melancarkan lagu yang saya suka bersama artis yang saya kagumi sejak sekian lama menjadikannya lebih istimewa,” kata Ruel.

Kedua-duanya turut mengejutkan peminat di London apabila mempersembahkan Another You bersama-sama buat kali pertama sebelum single tersebut dilancarkan secara rasmi.

Pelancaran lagu itu turut disertai video muzik berunsur jenaka sinis serta video lirik rasmi.

Dalam pada itu, 2026 menyaksikan Ruel melalui tahun yang cukup padat dengan pelbagai persembahan di pentas antarabangsa.

Selain jelajah solonya di Amerika Utara, United Kingdom dan Eropah, Ruel turut membuat penampilan di festival Lollapalooza di Chile, Argentina dan Brazil serta menyertai beberapa siri konsert jelajah Katy Perry di Eropah.

Penyanyi itu juga dijadualkan menjadi artis pembuka tirai bagi jelajah arena Wanted Man oleh Benson Boone di Australia sepanjang November.

Album bergandanya, Kicking My Feet & Screaming turut mencatat pencapaian membanggakan apabila bahagian pertama album tersebut menduduki tangga ke-36 carta Billboard Top Album Sales dan tangga kelima carta Indie Store Albums.

Ruel turut meraih hadiah pertama dalam pertandingan Vanda & Young Global Songwriting Competition menerusi lagu The Suburbs.

Memulakan kerjaya muzik pada 2017 ketika baru berusia 14 tahun, Ruel sehingga kini telah mengumpul lebih tiga bilion penstriman di seluruh dunia, selain meraih pelbagai pengiktirafan serta menghasilkan beberapa single berstatus platinum dan emas.

Bukan sahaja aktif dalam industri muzik, Ruel turut mengembangkan pengaruhnya dalam dunia fesyen menerusi penampilan di Minggu Fesyen Paris dan New York bersama jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Acne Studios, Off-White dan Coach.

Another You nyanyian Ruel bersama Sadie Jean kini boleh didengarkan di platform penstriman muzik.

Anda mungkin berminat dengan

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

MOSES QUEEN Women's Round Neck Long Sleeved Slim Fit Shirt 62269

MOSES QUEEN Women's Round Neck Long Sleeved Slim Fit Shirt 62269

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement