Skip to main content

Budaya Popular

Ini Penjelasan Ustaz Tentang Isu Hukum Aurat Hael Husaini Dengan Anak Angkat

newhaelbefunky-collage.jpg
Penyanyi terkenal Hael Husaini telah mengambil seorang anak angkat perempuan tahun lalu dan perkara itu telah mengundang perhatian netizen.

Ada antara netizen mempersoalkan hukum aurat antara Hael dan kanak-kanak berkenaan apabila sudah dewasa.

Ekoran isu tersebut, seorang penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq telah memberikan keterangan tentang penjagaan aurat  dan hukum bersentuhan antara Hael dan anak angkatnya itu.

"Jika lelaki itu belum berkahwin dalam tempoh anak tersebut masih menyusu, maka susukan dengan adik-beradik bapa angkatnya seperti kakak atau adik perempuan, maka hukum aurat dan sentuhan sama seperti anak saudara dengan bapa saudara.

"Hukum ini lebih kepada penyelesaian dan jika isteri, kakak dan adik perempuan tiada susu, dibolehkan ambil suntikan hormon untuk keluarkan susu," ujarnya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Jampi ini telah memilih anak angkat perempuan yang diberi nama Halena Hael dan usianya kini mencecah setahun tiga bulan.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement