Pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh, Ali selamat menimang cahaya mata perempuan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ali berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
"Alhamdulillah allahuakbar..Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan," tulisnya.
Ali telah memuat naik foto anaknya namun tidak didedahkan wajah bayi tersebut.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Ali dan keluarga serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.
Ali dan isteri, Melati Fitri Abdullah bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016.
Mereka telah dikurniakan seorang puteri, pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Dalam perkembangan lain, Ali bergandingan bersama Mamak Puteh dan Tomok berentap dalam program Muzikal Lawak Superstar.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.