Skip to main content

Berita Tempatan

Pernah Cipta Fenomena Dengan Noktah Cinta & Ku Akui, Hafiz Suip Kembali Bergabung Dengan Ajai Menerusi ‘Kita’

Pernah Cipta Fenomena Dengan Noktah Cinta & Ku Akui, Hafiz Suip Kembali Bergabung Dengan Ajai Menerusi ‘Kita’

Sekilas

  • Penyanyi Hafiz Suip kembali bergabung dengan komposer Ajai menerusi single terbaru berjudul Kita, mengubat kerinduan peminat terhadap kolaborasi mereka yang pernah popular di AJL.
  • Kerjasama ini turut melibatkan syarikat muzik Sabah, AJ Productions dan Sheikh Qalam Records dalam pengedaran single tersebut, memperkukuh jaringan industri muzik tempatan.
  • Muzik video rasmi untuk lagu Kita akan dilancarkan pada 27 November ini di saluran YouTube AJ Productions Sdn Bhd.
Advertisement

Pernah mencipta fenomena menerusi lagu Noktah Cinta dan Ku Akui, penyanyi Hafiz Suip kembali bergabung dengan komposer terkenal, Ajai menerusi single terbaharu berjudul Kita.

Kolaborasi itu sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap gandingan dua figura muzik yang pernah mencipta kejayaan bersama di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Advertisement

Mengimbau kembali kejayaan mereka, Noktah Cinta hasil kerjasama Ajai dan Sheikh Qalam pernah mengangkat Hafiz sebagai pemenang tempat ketiga serta merangkul trofi Vokal Terbaik pada AJL25 pada 2011.

Kejayaan itu diteruskan menerusi Ku Akui, ciptaan sepenuhnya Ajai yang diterbitkan pada 2012, sekali lagi menyaksikan Hafiz meraih trofi Vokal Terbaik dan tempat ketiga pada AJL27.

Kini, menerusi Kita, kedua-duanya kembali menyatukan kekuatan melodi dan vokal yang menjadi identiti kerjasama seni mereka selama ini.

Advertisement

Keserasian Ajai dalam menghasilkan melodi yang sarat emosi dengan kemampuan Hafiz menghayati sesebuah lagu menjadi antara daya tarikan gandingan tersebut.

Sepanjang perjalanan seninya, juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu telah meraih sebanyak 23 anugerah, selain mencipta nama menerusi lagu popular seperti Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku.

Dalam pada itu, penerbitan Kita turut menyaksikan syarikat muzik dari Sabah, AJ Productions bersama Sheikh Qalam Records Sdn Bhd memperkukuh jaringan kerjasama dalam industri muzik tempatan menerusi pengedaran single berkenaan.

Pengarah Urusan AJ Productions, Asmi Datuk Andi Yakin dan Jasnie Md Yaakob menerusi kenyataan bersama menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepada mereka untuk mengedarkan karya tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna.

“Ia adalah pembabitan kedua kami dan Sheikh Qalam Records Sdn Bhd bersama artis nama besar selepas menerbitkan single terbaru Mawi berjudul Pawana Pawaka awal bulan ini.

“Kolaborasi ini sekali gus membuka ruang kepada bakat kreatif Sabah menembusi pasaran muzik tanah air dan menepati aspirasi nasional.

“Ia menjadi satu pencapaian penting dalam usaha AJ Productions memperluas penglibatan di pentas muzik serta membuka ruang pertemuan antara bakat kreatif Sabah dengan nama besar industri hiburan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Gabungan bakat Hafiz dari Sarawak, kepakaran Ajai dalam penciptaan lagu serta jaringan pengedaran AJ Productions dari Sabah turut memperlihatkan potensi kerjasama merentas wilayah dalam memperkembangkan industri muzik Malaysia.

Muzik video rasmi Kita bakal dilancarkan pada 27 November ini, jam 2 petang menerusi saluran YouTube AJ Productions Sdn Bhd.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement