Foto aktres Lisa Surihani ketika berada di sebuah restoran bersama suami yang juga pengarah dan komposer, Yusry Abdul Halim serta anak lelakinya, Yusof Leonne menjadi tumpuan netizen.
Menerusi foto yang dikongsikan di dalam akaun Instagram (IG) miliknya menunjukkan Lisa menggantungkan beg tangan yang berwarna jingga di kerusi yang diduduknya.
Seorang warganet yang bersikap prihatin tampil menasihati Lisa supaya tidak mengulangi tindakannya itu kerana ia boleh mengundang bahaya.
"Adik. Jangan sangkut beg tangan awak seperti itu di kawasan 'blind spot'..Ia akan mengundang pencuri. Nasihat ikhlas daripada 'silent follower'," tulisnya.
Lisa tidak berdiam diri lantas mengakui akan kesilapannya.
"Terima kasih untuk nasihat awak. Lain kali I tak buat lagi. Harap kita semua akan lebih selamat," tulis Lisa.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Dalam perkembangan terkini, Lisa merupakan salah seorang juri tetap dalam Maharaja Lawak Mega (MLM2019) bersama penyanyi Datuk Jamal Abdillah.
MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega.