Skip to main content

Budaya Popular

"Kaki Both Bengkak & Sakit Nak Jalan" - Linda Rafar Terjatuh Selepas Selesai Persembahan

linda_jatuh1.jpg
Kaki penyanyi Linda Rafar bengkak akibat terjatuh selepas selesai membuat satu persembahan di sebuah majlis perkahwinan di Kelantan.

Linda menceritakan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
 

"Terima Kasih pada organiser Datuk Kimi dan wife yang sudi mengundang Linda untuk show semalam.. Just nak bagi tau.. After closing show Linda jatuh daripada tangga pelamin daripada atas sampai bawah.

"Pagi ni bangun kaki both bengkak dan sakit nak jalan.. Moga ada rahmat di sebalik yang berlaku.. Mohon Semua followers dapat doakan Linda ye. Apa yang terjadi dan terbaik hanya Allah yang mengetahui," tulis Linda.

Selain itu, Linda turut berterima kasih kepada rakannya, Azza Zawari yang menjaganya ketika kejadian tersebut berlaku.
 

"Bukan Senang nak cari rezeki sampai jatuh untuk hiburkan hati semua tetamu yang hadir semalam... Moga Allah berkati rezeki ini. With my BFF @azzazawari thank you jaga Linda semalam.. Love you," tulis Linda lagi.

Rata-rata peminat Linda mendoakan agar penyanyi itu lekas diberi kesembuhan dan kembali bekerja seperti biasa. 

Must-Watch Video

Advertisement