Skip to main content

Budaya Popular

Keith Foo Namakan Anaknya Skylar

keith-foo-namakan-anak-skylar.jpg
Pelakon filem Langit Cinta, Keith Foo dan isteri, Kim Raymond menamakan anak perempuan mereka Skylar Raymond Foo.
 
Nama bayi perempuan itu didedahkan oleh mereka menerusi laman Instagram (IG) dengan mengguna hashtag #skylarraymondfoo, #motherofskylar dan #fatherofskylar.
 
Selain itu, Keith juga turut berkongsi beberapa foto terbaru Skylar untuk tatapan peminat.
 
Bagaimanapun pasangan itu masih lagi belum bersedia untuk mendedahkan wajah penuh anak kesayangan mereka itu.
 
Terdahulu, Kim selamat melahirkan cahaya matanya pada 30 Mei lalu.
 
Keith dan Kim telah mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2014 dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada 30 November 2015.
 
 

I LOVE YOU #SkylarRaymondFoo

A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on


Teks oleh: Mya Amri
 

Advertisement

Must-Watch Video