HIBURAN
Kenali 10 Pokok Yang Boleh Membunuh Anda
Dalam banyak-banyak tumbuhan di sekeliling kita, ada antaranya mengandungi racun yang boleh membunuh manusia.
Siapa sangka tumbuhan-tumbuhan ini hanya cantik dipandang bukan untuk dipegang.
Sempena Hari Hutan Antarabangsa yang disambut hari ini, kami senaraikan 10 jenis pokok paling bahaya di dunia.
1) Pokok Manchineel
Nama saintifik: Hippomane mancinella
Habitat: Pantai Florida dan di kebanyakan tempat di hutan tropika Amerika dan Hindia Barat.
Kegunaan: Batang pokok ini digunakan oleh tukang kayu di Carribean selepas dipotong dan dikeringkan. Getahnya pula boleh merawat penyakit edema dan buahnya digunakan untuk rawatan diuretik.
Ia disenaraikan sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness World Records.
Namanya pun sudah membawa maksud 'epal kecil pembawa kematian' memandangkan bentuk buahnya mirip epal.

Bahayanya pokok ini, sekiranya berlindung di bawahnya ketika hujan getah tumbuhan ini boleh menyebabkan tubuh manusia dipenuhi luka seperti terbakar. Malah, jika membakar pokok ini, asapnya boleh menyebabkan buta.
Zaman dahulukala, tentera Amerika Syarikat menyeksa tahanan Sepanyol dengan memaksa mereka berdiri di bawah pokok ini ketika hujan. Getah pokok ini juga digunakan sebagai racun anak panah untuk berperang.

2) Pokok Cicuta
Nama saintifik: Cicuta virosa
Habitat: Amerika Utara dan Eropah
Kegunaan: Penggunaan secara homopati tumbuhan ini untuk merawat kecederaan sementara pada bahagian kepala dan bahagian belakang badan seperti meningitis, epilepsi, eklampsia dan paralisis.
Juga dikenali sebagai Water Hemlock, bahagian bunga, batang dan akar tumbuhan ini mengandungi suatu sebatian yang beracun disebut cicutoxin.
Walaupun dalam jumlah sedikit, cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan kemudian diikuti dengan kematian jika tubuh tidak mampu bertahan lagi.
Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas penggunaan.
Menggigit akar tanaman ini sudah boleh menyebabkan kematian kerana akar pokok Water hemlock menyerupai lobak atau tanaman jenis ubi sehingga sering disalah anggap oleh manusia.

3) Pokok Jarak
Nama saintifik: Ricinus communis
Habitat: Mediterranean, Afrika timur dan India
Kegunaan: Walaupun bijinya sangat beracun, ia adalah sumber minyak yang penting dari segi ekonomi seperti minyak pelincir bagi industri aeroangkasa dan merupakan salah satu produk komers