Skip to main content

Budaya Popular

Kurangkan Fokus Terhadap Lakonan, Bisnes Dah Jadi Keutamaan Aeril Zafrel & Wawa Zainal

wawa_ae_1.jpg
Jarang muncul di kaca televisyen, pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menjadikan bidang perniagaan sebagai keutamaan mereka.

Masih menerima tawaran untuk menjayakan naskah lakonan, Aeril memilih karakter yang benar-benar memberikan impak dalam kerjaya lakonannya.

"Tawaran masih kami terima. Macam saya, saya menerima dua atau tiga tawaran sahaja setahun. Wawa pula sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

"Saya memilih karya yang menarik untuk dijayakan. Buat masa ini, kami meletakkan fokus terhadap bidang perniagaan, terutamanya Wawa Cosmetics.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@aeril_zafrel suruh kekal pkai tudung kemas mcm ni?? ok tak style ni?

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on


"Sekarang, keutamaan telah berubah dan kami menjana pendapatan menerusi bidang perniagaan. Tetapi, kami tetap sayangkan bidang lakonan kerana itu minat kami serta ia memperkenalkan nama saya dan Wawa kepada mereka di luar sana," kata Aeril.

Tambah Wawa pula, mereka menzahirkan rasa syukur kerana perniagaan dalam bidang kosmetik membuahkan hasil yang baik.

"Alhamdulillah, semenjak mengusahakan Wawa Cosmetics, ia mendatangkan pulangan yang memberangsangkan untuk kami.

"Perkara ini menjadi salah satu petanda untuk kami berusaha dengan lebih keras selepas ini. Kami juga bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan ejen dan stokis kami," kata Wawa.

Wawa dan Aeril ditemui di majlis pelancaran Wawa Cosmetics edisi Wawa Unicorn Kit di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, Wawa Cosmetics mendapat sambutan hangat pengguna dan peminat yang menggemari kualiti produk yang dikeluarkan oleh pasangan suami isteri itu.

Dikeluarkan secara terhad, Wawa Cosmetics edisi Wawa Unicorn Kit ini sudah terjual lebih 25,000 unit sebelum pelancaran secara rasmi dibuat.
 

Must-Watch Video

Advertisement