HIBURAN
“Let’s Not Talk About It, I Tak Nak Dia Famous…I Tak Nak Ada Nama Dia Lagi Dalam Hidup I" - Nabila Huda
Pelakon Nabila Huda enggan mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku di antara dia dan ibu tirinya Norhasniza Hassan, semalam (Isnin).
Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil ketika dihubungi wartawan HLive memberitahu sudah ‘move-on’ dan tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi.
“Minta maaf, saya tidak mahu ulas apa-apa lagi sebab saya rasa saya dah ‘move-on’.
“Lagipun saya rasa tak nak ulang lagi benda sama…yang saya dah sebut. Benda ni takkan okay pun.
“Let’s not talk about it, I tak nak di famous…I tak nak ada nama dia lagi dalam hidup I…Sorry ya,” jawabnya lembut.
Semalam, salah faham berlaku apabila ibu tiri Nabila Norhasniza Hassan menerusi Instagram (IG)nya @qasander telah memuat naik foto dan ucapan Hari Bapa kepada suaminya, vokalis Search, Amy.
Bagaimanapun, ia disalah erti oleh sesetengah pengikut IG yang mendakwa Norish memerli Nabila yang membuat ucapan Hari Bapa kepada Amy, beberapa jam sebelum itu.
Perkara tersebut menyebabkan Nabila berang dan memuat naik dua status di IG dan dengan sengaja menanda nama ibu tirinya di ruangan kapsyen, untuk menarik perhatian wanita itu.
Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video