Skip to main content

Budaya Popular

Mahu Bayi Ketiga, Kim Kardashian Mencari Ibu Tumpang

kimkardashiancariibutumpang2.jpg
Bintang realiti, Kim Kardashian membuat pengakuan yang dia mahu mencari 'ibu tumpang' untuk bayi ketiganya.

Kim Kardashian menyatakan keinginannya itu di dalam episod terbaru Keeping Up With The Kardashian.

Menurut laporan US Magazine, seluruh ahli keluarga Kim terkejut mendengar pengakuan tersebut.

Kim kemudian menjelaskan tentang masalah yang dialaminya ketika kehamilan terdahulu sehingga memaksanya untuk mencari ibu ganti kali ini.

Masalah kandungan berisiko mula diketahui Kim ketika hamil anak pertamanya, North West, yang kini berusia hampir dua tahun.

Malah, sebelum ini dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan segera membuang plasenta yang masih melekat pada dinding rahimnya ketika melahirkan North satu masa dahulu.


Olahan oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: US Magazine




Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement