HIBURAN
Muat Naik Gambar Kaki Berbalut, Fattah Amin Cedera Di Set Penggambaran!
Pelakon Fattah Amin mengalami kecederaan ketika sedang menjalani penggambaran tengah hari tadi.
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, pelakon kacak itu dilihat sedang dirawat oleh sekumpulan pasukan perubatan dan dibawa masuk ke dalam ambulans.
Pergelangan kaki kiri Fattah juga dituam ais dan dibalut anduh.
"Kemalangan berlaku kadang-kadang," tulis Fattah ringkas.
Entri Fattah itu mendapat perhatian isterinya, aktres Nur Fazura yang memohon peminat mendoakan keselamatan dan kesihatan suaminya.
"Mohon doa semua untuk Fattah ya?" tulis Fazura pada ruangan komen.
Bagaimanapun, punca kecederaan masih belum dipastikan.
Perkembangan terkini Fattah itu sedikit sebanyak meresahkan peminat setianya yang bimbang akan keadaan kaki pelakon kesayangan mereka itu.
Malah, rakan selebriti dan netizen turut mendoakan kesejahteraan Fattah.
Must-Watch Video