Skip to main content

Hiburan

“Rasanya Kamulah Orang Yang Paling Teruja Menantikan…” - Isteri Achey

Anne Achey

Sekilas

  • Anne, isteri pelawak Achey, berkongsi momen anaknya, Tiara Zinnirah, yang sangat teruja menantikan kelahiran adik baru tahun depan.
  • Anne berharap hubungan erat dan kasih sayang antara Tiara dan adiknya akan sentiasa terjalin walaupun adik masih dalam kandungan.
  • Pasangan ini berkongsi berita gembira selepas 15 tahun menanti cahaya mata dan menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.
Advertisement

Isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah atau lebih mesra disapa sebagai Anne berkongsi momen anaknya, Tiara Zinnirah yang teruja menantikan kehadiran adiknya. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Anne berharap hubungan Tiara dan adiknya yang bakal lahir tahun hadapan sentiasa erat dan menyayangi satu sama lain. 

 

“Anak mama, Tiara Zinnirah ❤️ Rasanya kamulah orang yang paling teruja menantikan kehadiran adik. Hari-hari Tiara tegur adik dalam perut mama, tak lupa berselawat dan mendoakan adik. 🥹🤍

Advertisement

 

“Kadang-kadang mama hanya mampu tersenyum melihat gelagat Tiara. Betapa besarnya kasih sayang seorang kakak, walaupun adik masih belum lahir ke dunia.

 

“Sayang, semoga hubungan kalian sentiasa erat, saling menyayangi dan menjadi peneman antara satu sama lain. Amin Ya Rabb,” kongsinya. 

 

Terdahulu pelawak Achey dan isteri, Nor Hasanah atau Anne , berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.

 

Mereka tidak pernah putus doa walaupun melalui pelbagai ujian termasuk rawatan IVF sebelum ini. 

 

Pasangan ini juga menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement