HIBURAN
“Mula-Mula Malu Dengan Loghat Filipina Saya” – Sandara Park
Bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park akui tidak malu apabila pertuturannya mempunyai loghat negaranya sendiri.
Sandara memberitahu perkara itu menerusi rancangan MBC every1 yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Sandara pada mulanya dia berasa malu mempunyai loghat Filipina namun lama-kelamaan dia berasa selesa dengan pertuturannya.
Tambah Sandara lagi, anggota kumpulan 2NE1 yang lain iaitu CL, Park Bom dan Minzy banyak membantu menyakinkan dirinya bahawa itu itu adalah satu perkara yang normal.
“Pada mulanya saya berasa malu dengan loghat saya. Kalau nak tahu Filipina mempunyai cara sebutan Bahasa English dalam loghat yang cukup unik.
“Namun ramai yang memberitahu dan menyakinkan saya cara pertuturan itu sangat sesuai dengan saya.
“Jadi lama-kelamaan saya berasa sangat selesa dan yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, terima kasih kepada mereka.
Terdahulu, Sandara Park atau lebih mesra dengan panggilan Dara ini pernah menetap di Filipina selama 11 tahun.
Dalam perkembangan terbaru, selepas 2NE1 dibubarkan Dara kini aktif sebagai penyanyi, pelakon dan juga personaliti Televisyen.
Sumber: Allkpop
Must-Watch Video