Skip to main content

Budaya Popular

Oh! Ini Syarat Siti Kalau Keluar Rumah Lebih Daripada 5 Jam

aafiyah-ct-header.jpg
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meletakkan syarat kepada pengurusannya untuk keluar bekerja tidak lebih daripada lima jam.

Jelas Siti, 39, syarat itu sering ditekankan kepada pengurusannya dek kerana tidak sanggup berpisah terlalu lama dengan anaknya, Siti Aafiyah yang masih menyusu badan.

"Dalam hati itu sentiasa ada perasaan tak sanggup nak tinggalkan anak, tetapi kerana tugas dan kerja perlulah diturutkan.

"Dia (Aafiyah) pun semakin dewasa dan semakin faham.

"Paling tidak sanggup tengok apabila saya nak keluar dia pun nak ikut sama.

"Sebab itu seringkali saya tekankan kepada pengurusan kalau keluar bekerja pun tidak akan lebih daripada lima jam.

"Lebih daripada tempoh itu saya perlu bawa Aafiyah sekali, biasalah mak-mak. Kalau tak terpaksa pula bawa alat-alat lain untuk 'berperang'," katanya kepada hLive.

Siti juga mendedahkan dia bersyukur urusannya untuk menjaga Aafiyah dipermudahkan dengan adanya jururawat.

"Alhamdulillah, saya ada nurse yang membantu menjaga Aafiyah dengan baik. Jadi hati pun tak risau," tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 

Must-Watch Video

Advertisement