Sekilas
- Uyaina Arshad membawakan pilot episod SPM One More Time dalam Malaysian Host Wanted Musim Kedua yang menguji pengetahuan peserta dengan soalan bertaraf SPM.
- Episod ini menampilkan gandingan ibu dan anak, Fatimah Abu Bakar dan Sharifah Aryana, serta cabaran teknikal seperti penggunaan sistem LED dan grafik.
- Finale Malaysian Host Wanted Musim Kedua akan disiarkan minggu hadapan dengan hadiah wang tunai RM30,000 menanti juara baru.
Masih ingat debaran ketika menduduki peperiksaan SPM? Suasana dalam dewan peperiksaan, soalan yang menguji minda dan perasaan berdebar menanti keputusan! Kali ini, pengalaman tersebut kembali dihidupkan menerusi SPM One More Time, pilot episod Uyaina Arshad yang dipaparkan dalam episod ketujuh Malaysian Host Wanted Musim Kedua.
Seperti yang dibentangkan ketika Pitching Day, Uyaina membawakan sebuah rancangan kuiz hiburan yang menguji sejauh mana rakyat Malaysia masih mengingati pelajaran zaman persekolahan. Dengan soalan bertaraf SPM, peserta perlu menguji pengetahuan masing-masing dalam suasana penuh debaran, nostalgia dan gelak tawa. Menariknya, penonton di rumah juga boleh turut serta menjawab soalan dan menguji sejauh mana ingatan mereka terhadap subjek yang pernah dipelajari dahulu.
Bagi memeriahkan pilot episod ini, Uyaina menampilkan gandingan ibu dan anak, Fatimah Abu Bakar dan Sharifah Aryana sebagai tetamu undangan. Mampukah mereka menjawab soalan-soalan SPM yang diberikan? Adakah ilmu zaman persekolahan masih melekat dalam ingatan atau banyak jawapan yang sudah mula dilupakan?
Namun, di sebalik konsep yang mengimbau kenangan persekolahan ini, Uyaina turut berdepan cabaran dari sudut teknikal. Penggunaan sistem LED dan paparan grafik memerlukan persediaan serta ujian rapi sebelum penggambaran bermula. Setiap elemen perlu dipastikan berfungsi dengan baik agar perjalanan rancangan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Penonton turut menyaksikan perjalanan Uyaina sebagai hos dan penerbit, daripada persiapan dan pre-production, perbincangan bersama pihak produksi, penggambaran hinggalah ke proses editing.
Hasil pilot episod ini dinilai oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani, bersama juri jemputan Hawa Rizwana. Sherry Al-Hadad pula mengendalikan pertandingan sebagai pengacara.
Kini, perjalanan enam finalis telah sampai ke penghujungnya. Minggu hadapan, Malaysian Host Wanted Musim Kedua bakal melabuhkan tirainya menerusi episod finale! Siapakah yang berjaya menambat hati barisan juri dan meraih sokongan penonton untuk dinobatkan sebagai Juara Malaysian Host Wanted Musim Kedua? Siapakah pula yang bakal membawa pulang hadiah wang kemenangan RM30,000?
Segala persoalan bakal terjawab minggu hadapan. Jangan lepaskan Finale Malaysian Host Wanted Musim Kedua, Isnin, jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO!