Skip to main content

Budaya Popular

“Oi Apehal Selera Gajah Ni?” - Tak Jadi Diet, Shuib Usik Shaheizy Sam

sam-makan.jpg
Pelakon Shaheizy Sam mengusik peminatnya apabila seolah-olah bertekad untuk mengurangkan berat badannya.
 
Menerusi video pertama yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Sam berjanji mahu memulakan diet kerana perutnya kelihatan semakin buncit.
 
“Yes, today is the day!!! Sam seru semua, demi mendapatkan badan yang sihat dan segak!! All this, small the pieces!!! JOM DIET!!!” tulisnya.
 
Bagaimanapun tidak lama kemudian Sam telah memuat naik satu lagi video terbaru yang merakamkan dirinya makan dengan berselera.
 
“INI SEMUA POYO!! Jangan cakap org la. Korang pun mesti ada masalah yang sama, kan? Ayat “esok diet” ni menipu je,” tulisnya.
 
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengusik gelagat aktor kesayangan mereka ini.
 
“Teruk betul scene persetankan lauk² tadi tu ye...” komen @ikhtiarfadhilah_
 
“Typical rakyat Malaysia bang hahahaha esok jelahhhhh!!!” tulis @asyrafshaef
 
Selain itu, video berkenaan juga mendapat perhatian rakan artis antaranya Fad Bocey, Along Cham dan Shuib Sepahtu.





Must-Watch Video

Advertisement