Skip to main content

Budaya Popular

Pemakanan Anak Ditegur Netizen Di Instagram, Netizen Tidak Lokek Kongsi Ilmu Dengan Noor Nabila

befunky-collage_147.jpg
Gara-gara sekeping foto dan juga rakaman sebuah video, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila menerima teguran netizen.

Nabila berkongsi dan memuat naik foto anaknya, Jebat Jayden di rumah.

Rata-rata pengikut Nabila di Instagram menjadi 'mak cik bawang' dan menasihati akan tindakan  Nabila memberi makanan pejal yang mempunyai rasa untuk permulaan.

"@eyda_dania : First bagi bubur kosong awk."

"@shakleebyhajar : Awal-awal boleh bagi bubur nasi kosong je dulu sis. Just nak ajar dia makanan. If start dgn yg rasa manis, takut nanti baby jadi picky eater."

"@cahayaliyana: Nabila.. Better start with bubur nasi blended.."

"@pakejcutimurahbyzana: Masam tu mummy @noornabila. Try bagi pisang.1st solid food ank, sy bagi pisang dia suka."

"@ika_darwisyah: Ada some doctors kata, 1st solid food for bby is bubur nasi kosong. Blend sampai betul2 hancur. Buat untuk 4 days, baru cuba yg puree."

"@citiey_haliza: Bagi moi kosong tgk sis .. mesti laju mkn . Mula2 jgn ajar buah sgt takut dia tak kenan nasi."

Namun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif dan tidak lokek berkongsi mengenai pemakanan bayi. 

"@shamdnasir: Apple puree is good tau. But just add few dates.. @noornabila

"@mardiana_alwi: Hahaha mmg. Anak sy pun sy bg 1st solid food apple, dia nak. Try sweet potato, pumpkin, pear confirm die suka."

"@faraqaseh31: Saya dulu apa-apa puree mesti mix dgn kurma. Kurma tu saya steam bg lembut nk blender masukkan skali."

"@amiraa.bakery: Anak saya pun tak suka apple. Try singo pear mesti dia suka."

Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Jebat Jayden pada 30 Ogos tahun lalu.
 

Must-Watch Video

Advertisement