Skip to main content

Berita Tempatan

Ernie Zakri Dinobat Selebriti Usahawan Terbaik, Bukan Kerana Miliki Perniagaan Tetapi Kejayaan Dalam Muzik

Ernie Zakri Dinobat Selebriti Usahawan Terbaik, Bukan Kerana Miliki Perniagaan Tetapi Kejayaan Dalam Muzik

Sekilas

  • Ernie Zakri menerima anugerah Celebrity Entrepreneur of the Year pada SEBA ASEAN Elites Edition 2025/2026 atas kecemerlangan kerjaya dan sumbangan dalam industri muzik Malaysia.
  • Lagu popularnya, Masing Masing, telah mencapai lebih 280 juta penstriman dan mendapat pengiktirafan Platinum, memperkukuh pengaruhnya di Asia Tenggara.
  • Ernie juga terlibat dalam lagu tema Visit Malaysia 2026 dan pernah dipaparkan di papan iklan digital Times Square, New York, menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap bakat tempatan.
Advertisement

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri terus mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima anugerah Celebrity Entrepreneur of the Year pada SEBA ASEAN Elites Edition 2025/2026.

Menariknya, pengiktirafan tersebut bukan diberikan atas faktor pemilikan perniagaan, sebaliknya meraikan kecemerlangan kerjaya, sumbangan seni serta pengaruh Ernie dalam mengangkat industri muzik Malaysia ke peringkat serantau.

Advertisement

Menurut kenyataan Universal Music Malaysia, anugerah berkenaan mengiktiraf perjalanan kerjaya Ernie yang terus berkembang, selain keupayaannya mengekalkan kedudukan sebagai antara penyanyi berpengaruh dalam industri hiburan tempatan.

Memulakan perjalanan seni seawal usia 17 tahun, Ernie mula mencuri perhatian selepas muncul sebagai juara termuda program Bintang RTM pada 2009.

Sejak itu, penyanyi bersuara lantang berkenaan terus membina nama menerusi pelbagai pencapaian termasuk meraih pengiktirafan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL).

Advertisement

Perjalanan kerjaya Ernie turut memasuki fasa baharu selepas bernaung di bawah Universal Music Malaysia, sekali gus membuka peluang untuk memperluas pengaruhnya ke pasaran muzik serantau.

Antara kejayaan terbesar penyanyi itu ialah lagu Masing Masing yang dilaporkan sudah melepasi 280 juta penstriman serta menerima pengiktirafan Platinum.

Populariti lagu tersebut turut membantu memperkukuh kedudukan Ernie dalam kalangan peminat muzik Asia Tenggara, khususnya di Indonesia.

Bukan itu sahaja, nama Ernie turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila wajahnya pernah dipaparkan sebanyak dua kali pada papan iklan digital di Times Square, New York.

Pencapaian tersebut sekali gus memperlihatkan kemampuan bakat tempatan untuk mendapat tempat dan pengiktirafan di luar negara.

Selain kejayaan menerusi rakaman dan persembahan, Ernie turut memainkan peranan dalam memperkenalkan muzik serta identiti budaya Malaysia kepada khalayak antarabangsa.

Antaranya termasuk penglibatan beliau dalam lagu tema Visit Malaysia 2026 yang menjadi sebahagian daripada usaha mempromosikan negara menerusi muzik.

Pengiktirafan Celebrity Entrepreneur of the Year itu turut meraikan konsistensi, ketabahan serta keupayaan Ernie untuk terus relevan dalam industri muzik yang semakin kompetitif.

Dalam masa sama, kejayaan tersebut diharap dapat memberikan inspirasi kepada generasi baharu penyanyi tempatan untuk terus mengembangkan bakat, menghasilkan karya berkualiti dan berani meneroka peluang di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, SEBA ASEAN Awards dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia dan kini memasuki edisi ke-12.

Anugerah berkenaan memberikan pengiktirafan kepada individu cemerlang serta personaliti berpengaruh daripada pelbagai industri berdasarkan pencapaian dan sumbangan masing-masing.

 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement