Skip to main content

Filem

FFM35: Ezrie Gazali Dinobat Pengarah Harapan Menerusi Abah Saya Uncle Mike

FFM35: Ezrie Gazali Dinobat Pengarah Harapan Menerusi Abah Saya Uncle Mike

Sekilas

  • Ezrie Gazali dinobatkan sebagai Pengarah Harapan menerusi filem Abah Saya, Uncle Mike pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).
  • Ezrie mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw, Etiqa dan FINAS atas sokongan mereka semasa menerima trofi.
  • Filem sulung arahannya itu diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong yang membesarkan tiga anak angkat Melayu dengan menghormati agama mereka.
Advertisement

Ezrie Gazali dinobatkan sebagai Pengarah Harapan menerusi filem Abah Saya, Uncle Mike pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini.

Ketika menerima trofi, Ezrie mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw, Etiqa dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atas sokongan mereka.

Advertisement

“Terima kasih Astro Shaw, Etiqa, FINAS. Saya tahu saya takkan berada di sini tanpa anda semua. Terima kasih banyak,” katanya.

Ezrie mengatasi empat calon lain iaitu Ahmad Tamimi Siregar (Denu), Bobby Husaini (Libang Libu), Allahyarham Nurhanisham Muhammad (Malam Terlarang) dan Tham Wai Fook (Circus of Life).

Filem cereka sulung arahannya itu diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, seorang lelaki yang membesarkan tiga anak angkat Melayu sambil menghormati pegangan agama mereka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement