HIBURAN
Positif Covid-19, Jackie Chan Mungkin Dikuarantin? Alamak, Biar Betul?
Bintang filem Hong Kong Jackie Chan mencetuskan kebimbangan ramai apabila dikatakan positif Covid-19.
Apa yang lebih mengejutkan terdapat dakwaan mengatakan pelakon aksi tersebut telah dikuarantin.
Difahamkan, berita berkenaan tercetus apabila video Jackie Chan menghadiri majlis makan malam bersama pasukan polis Hong Kong tular di media sosial.
Tambah membimbangkan apabila seorang daripada pegawai polis tersebut dipercayai positif coronavirus.
Perkara berkenaan menguatkan lagi dakwaan yang Jackie Chan mungkin dikuarantin bersama pegawai polis yang lain.
Namun, menurut laporan Today Online, Jackie Chan dan rakan-rakannya berada di majlis berbeza dan lokasi yang jauh.
Pengumuman itu sekali gus menepis dakwaan Jackie Chan telah dijangkiti Covid-19.
Untuk rekod, Covid- 19 merupakan nama rasmi bagi wabak koronavirus yang diberikan oleh pihak World Health Organization (WHO).
Sehingga kini China kekal sebagai negara tertinggi menerima kes Covid-19 dengan 77,785 pesakit.
Malaysia pula berada di kedudukan ke-11 dengan 22 kes dilaporkan setakat ini.
Sumber : Today Online
Must-Watch Video