gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hael Husaini Usap Dagu Dayang Nurfaizah Sebab…
VIRAL
Kenyataan 'saiz Seluar Lelaki Lebih 33 Inci' Bukan Niat 'Body Shaming' - Menteri
HIBURAN
“Pernah Ada Anak Dara Nak Sondol Suami Saya” – Shahida Imbau Semula Detik Awal Perkahwinan Bersama Aliff Syukri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Saya Mempunyai Kehidupan Untuk Diteruskan" - Uyaina Arshad Tak Nak Ikut Kemahuan Peminat

gempak
Zulaikha Yusof
05/10/2020
08:33 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mempunyai Kehidupan Untuk Diteruskan" - Uyaina Arshad Tak Nak Ikut Kemahuan Peminat
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad dilihat meluahkan perasaan terhadap individu yang suka menyusun atur kehidupan selebriti pujaan hati mereka.
Menurut Uyaina, 28, apa yang ingin dilakukan dan dikongsikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak.
"Lucunya bila ada sesetengah individu digelar 'peminat dan pengikut' yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka.
"Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama, apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memuaskan hati anda," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah kicauan di laman Twitter miliknya pada Ahad lalu.
Tegas pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia tidak akan menuruti dan ingin meneruskan kehidupan yang diimpikan.
"Benci dengan semua yang anda mahukan. Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan," tulisnya lagi.
Funny how there are some so called ‘fans’ / ‘followers’ who love to DICTATE the lives of their favourite artists.Who we choose to be with, what we want to post or not post on social media, are NOT to please you.Hate all you want. I’ll remain unbothered. I have a life to live
— UYAINA ?? (@UyainaArshad) October 4, 2020
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju di samping memberi semangat kepada Uyaina untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
"@situdungperiuk: Sokong kak Yana. Peminat tak payah campur hal peribadi.
"@moonchaengi: Elakkan dari peminat toksik kak Yana. Fokus pada matlamat anda seterusnya," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Sebelum ini, Uyaina mencuri tumpuan warganet selepas didakwa sedang berkawan rapat dengan penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran.
Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.
BACA: Uyaina Arshad & Raja Syahiran Hangat Bercinta... Ye Ke?
BACA: Sedang Kenal Hati Budi, Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad
Topic Berkaitan
#peminat
#Uyaina Arshad
#Atur Kehidupan
Must-Watch Video