Skip to main content

Selebriti

Cincin Di Jari Nur Fazura Rupa-Rupanya…

Cincin Di Jari Nur Fazura Rupa-Rupanya…

Sekilas

  • Fazura jelaskan cincin yang dipakainya ketika sesi meet and greet adalah gurauan dengan Elly Mazlein yang suka mengusiknya tentang hubungan dengan Que Haidar.
  • Mereka sudah bersahabat hampir 20 tahun dan kini masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing tanpa mahu terburu-buru dalam hubungan.
  • Fazura berterima kasih kepada peminat yang mendoakan dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Advertisement

Pelakon, Fazura tampil menjelaskan tindakannya menunjukkan cincin di jarinya ketika menghadiri sesi meet and greet bersama peminat di Jakel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut Fazura, tindakannya itu hanyalah gurauan antara dirinya dan penyanyi serta pengacara, Elly Mazlein yang suka mengusiknya mengenai hubungan rapatnya bersama pelakon, Que Haidar.

Advertisement

"Itu gurauan semata-mata. Kak Lina memang tengah sakit hati dengan saya. Dia kata Que dia punya. Jadi, saya berlawan-lawanlah. Cincin ini cincin saya," katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai harapan peminat untuk melihat dia dan Que bersatu, Fazura berkata mereka masih dalam fasa perkenalan.

Malah, dia mengakui mereka sudah bersahabat baik selama 20 tahun.

Advertisement

"Kami dah bersahabat lama, hampir 20 tahun. Sebelum ini, dia adalah rakan lelaki paling rapat dengan saya. Sama juga seperti apa yang dia cakap mengenai saya baru-baru ini, iaitu wanita terdekat.

"Kami sekarang masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Untuk ke depan ini, kami masih berdoa," kongsinya.

Dalam masa sama, Fazura turut berterima kasih kepada orang ramai terutama peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Malah, dia menegaskan mereka tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan menyerahkan segala urusan jodoh kepada Tuhan.

"Kami amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan kami. Insya-Allah, jika ada jodoh, kita tak tahu lagi.

"Jodoh yang Allah reda dan kami tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Kami sudah sama-sama matang. Yang penting, saya, Fatimah dan Que gembira. Doakan yang baik-baik," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement