Skip to main content

Hiburan

Boleh Ke Haris Rujuk Dengan Zaara Sehari Sebelum Habis Idah? Ini Penjelasan Ustaz Izmir Fareez

Boleh Ke Haris Rujuk Dengan Zaara Sehari Sebelum Habis Idah? Ini Penjelasan Ustaz Izmir Fareez

Sekilas

  • Episod ke-20 drama Suamiku Anak Mak menampilkan babak Haris melafazkan rujuk terhadap Zaara ketika tempoh idah hampir tamat.
  • Menurut Ustaz Izmir Fareez, lafaz rujuk itu sah walaupun dilakukan dalam keadaan dendam dan tanpa persetujuan isteri.
  • Zaara masih boleh memfailkan permohonan perceraian melalui fasakh di mahkamah jika tidak mahu meneruskan rujuk tersebut.
Advertisement

Semalam telah bersiaran episod ke-20 drama Suamiku Anak Mak yang ketika ini pastinya meninggalkan kesan terhadap rata-rata penonton yang melihatnya.

Menerusi episod tersebut, kemarahan penonton terharap Haris (Keith Foo) yang dilihat melafazkan rujuk terhadap Zaara (Emma Maembong) yang hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum tamat idah.

Advertisement

Perbuatan Haris itu membuatkan penonton tertanya-tanya, adakah rujuk yang dilakukan dalam keadaan tersebut sah di sisi Islam?

Mengulas mengenai babak itu, pendakwah bebas, Ustaz Izmir Fareez menjelaskan bahawa rujuk yang dilakukan Haris tetap sah kerana ia berlaku ketika Zaara masih dalam tempoh idah, meskipun hanya berbaki sehari.

Bagaimanapun, Ustaz Izmir berkata, terdapat dua perkara yang perlu dilihat dalam situasi tersebut, termasuk niat Haris yang mahu merujuk semula kerana perasaan dendam.

Advertisement

“Untuk babak ini, ada dua benda yang kita perlu huraikan. Pertama ialah Haris nak rujuk dalam keadaan dendam.

“Dendam merupakan satu perkara yang haram dan tak dibenarkan dalam Islam. Tetapi rujuk adakah sah? Rujuk itu tetap sah walaupun isteri tidak suka kerana ia buat dalam tempoh masih ada baki idah lagi meskipun tinggal lagi sehari,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Izmir menjelaskan bahawa lafaz rujuk tersebut tetap sah kerana persetujuan isteri bukanlah syarat sah untuk seseorang suami melakukan rujuk.

“Tetapi ada yang tanya, ‘Macam mana kalau isteri dia tak setuju ustaz?’. Setuju atau tidak tetap bukanlah syarat sah untuk rujuk dan rujuk itu tetap sah.

“Cuma, Islam tetap memberi jalan keluar dan ruang buat si isteri. Sebab itulah Islam ini adil,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Ustaz Izmir memaklumkan bahawa Zaara masih mempunyai pilihan sekiranya tidak mahu meneruskan kehidupan bersama Haris selepas rujuk tersebut.

Menurutnya, Zaara boleh memfailkan permohonan perceraian melalui fasakh di mahkamah bagi membolehkan pihak mahkamah menentukan sama ada permohonan tersebut boleh diluluskan atau sebaliknya.

“Jadi apa yang perlu Zaara buat? Kalau dia tak mahu bersama dengan suami dia lagi, dia boleh failkan perceraian melalui fasakh di mahkamah dan mahkamah akan tentukan fasakh itu boleh atau tidak.

“Adakah suami boleh halang isteri? Adakah suami tak setuju maka isteri tak boleh fasakh? Jawapannya adalah tidak boleh.

“Di sini kita lihat betapa adilnya Islam buat mana-mana wanita yang dianaiaya oleh para suami,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement