HIBURAN
Sedekah Al-Quran & Sejadah Kepada Banduan...Nabila Huda Sebak
Aktres berbakat, Nabila Huda menyedekahkan kitab suci Al-Quran dan sejadah kepada pihak Penjara Seremban.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Nabila, dia berasa gembira kerana telah selamat menyerahkan Al-Quran dan sejadah yang gagal dibawa masuk ke Cambodia ketika aktiviti amalnya di sana baru-baru ini.
"Alhamdulillah, selamat sudah saya serahkan balance Al-Quran dan sejadah yang tak lepas ke Cambodia ke Penjara Seremban.
"Yang buat saya lagi sebak, kebetulan minggu depan diorang ada majlis Qatam dan saya pula bawa barang-barang ni untuk diorang," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan Nabila dan mendoakan kesejahteraannya.
Sedikit info mengenai Nabila, anak kepada penyanyi Amy Search ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video