Skip to main content

Budaya Popular

"Selamat Ulang Tahun Isteriku..." - Pasangan Aeril & Wawa Ni Tak Pernah Tak Romantis

01.jpg

Pasangan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan pasangan yang bijak menggunakan sosial media.

Mereka bukan sahaja mempromosikan produk-produk yang mereka usahakan tetapi juga menjadi tempat berkongsi cerita kisah mereka sekeluarga.

Sisi romantis dan kasih sayang antara satu sama lain dan juga bersama anak-anak sering dimuat naik ke Instagram masing-masing. Malah pasangan ini sememangnya sangat romantis.

Terbaru Aeril memuat naik entri sebuah video di Instagramnya.

Video tersebut adalah untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tersayang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selamat ulang tahun isteriku?? jom wish kat dia. saya nak baca??

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


"Selamat ulang tahun isteriku. Jom wish kat dia. Saya nak baca," tulis Aeril turut mengajak peminat meninggalkan komen buat isterinya.

Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Selamat ulang tahun, Wawa!

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement