Skip to main content

Budaya Popular

Siapakah Gadis Yang Amir Hasan Tunggu?

amrhsn_1.jpg
Selepas muncul dengan single pertama yang berjudul Bicaramu pada tahun lalu, penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Amir Hasan kini tampil dengan single keduanya yang berjudul Gadis Yang Ku Tunggu atau GYKT.

GYKT dicipta oleh penyanyi terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan dan berkisarkan tentang seorang gadis yang bakal menjadi jodoh tetapi masih tidak tahu siapakah gerangan orangnya.

"Inspirasi saya untuk lagu ini adalah tentang jodoh. Tajuk lagu ini Gadis Yang Ku Tunggu, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu.

"Gadis itu sebenarnya adalah jodoh saya, sama ada saya sudah mengenalinya ataupun tidak. Ia ditujukan kepada gadis yang bakal menjadi isteri saya satu hari nanti", jelas Amir.

Menyingkap disebalik perjalanan karier seni jejaka kacak ini, nama jejaka berusia 23 tahun ini mula meniti di bibir peminat seni muzik tanah air selepas videonya yang sedang menyanyikan lagu Akad dendangan asal Payung Teduh di sebuah kedai Vape atau rokok elektronik menjadi tular di media sosial.
 

Selain itu, Amir atau nama sebenarnya, Amir Abu Hasan turut kerap memuatnaik video nyanyian lagu cover di media sosial atas permintaan ramai yang mahu mendengar versi nyanyiannya.

GYKT merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 8 Mac 2019.
 

Advertisement

Must-Watch Video