Pelakon Shaheizy Sam akui dia sememangnya seorang yang suka makan dan menikmati makanan.
Jelas Sam, dia sanggup memandu ke Utara Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mendapatkan makanan yang diingini.
"Mungkin orang tak tahu, saya sebenarnya seorang yang kuat makan.
"Orang ramai tidak tahu sebab saya tidak berkongsi perkara tersebut di laman Instagram (IG).
"Saya sanggup memandu ke Pulau Pinang semata-mata untuk nasi kandar. Kalau saya nak makan Sup Tulang Merah saya akan ke Singapura," katanya kepada Gempak.
Sam ditemui ketika Majlis Pelancaran Shaheizy Sam 20 Days Challenge di Battle Arena, Petaling Jaya baru-baru ini.
Tambah Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia kini sedang berusaha mendapatkan tubuh badan sasa bagi filem Polis Evo 3.
"Pihak produksi pasti akan minta saya melakukan babak tayang badan. Watak itu memang memerlukan saya mempunyai susuk tubuh sasa.
"Soal pelakon tayang badan bukan isu yang perlu diperbesarkan kerana kami hanya memenuhi watak.
"Apabila berlakon, saya lebih mementingkan jalan cerita dan pengisian sesebuah produksi.
"Jangan hanya lihat pada satu sudut kecil, seolah-olah pelakon sanggup tayang badan semata-mata untuk dijadikan umpan menarik penonton ke pawagam," tambahnya lagi.