Penyanyi Stacy akui berpuasa dapat menurunkan berat badannya dengan cepat selepas bersalin.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Abdullah, 26, berkata dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 3 kilogram (kg) selepas saru hari berpuasa.
"Saya masih ada 5kg lagi untuk diturunkan dan mendapatkan berat badan seperti sebelum hamil.
"Susah juga hendak menurunkan berat badan ni, tapi selepas berpuasa saya dapati berat saya turun dengan cepat iaitu 3kg dalam masa sehari.
"Masa turun 3kg itu saya bagai tak percaya hingga membetulkan penimbang berat itu beberapa kali tetapi memang betul saya turun sebanyak itu.
"Sekarang berat badan saya 57kg dan saya mahu turunkannya hingga 52kg dan kalau boleh saya mahu lebih fit dan turun lagi sehingga 50kg," katanya kepada Astro Gempak
Penyanyi lagi Pelangi Senja itu berkata dia kini mahu betul-betul kembali fit sebelum membuat kemunculan semula selepas Raya.
"Bukan senang nak fit kembali supaya saya dapat menyanyi dan menari dalam satu masa seperti dahulu.
"Saya perlu melakukan beberapa latihan nyanyian dan tarian dengan kerap sebelum kembali.
"Saya kini sedang mencari material untuk single terbaru saya yang dijangka akan keluar selepas Raya ini," katanya lagi.
Stacy yang berkahwin dengan Akim Ahamd telah melahirkan anak mereka Eshal pada 17 Februari lalu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal