Skip to main content

Hiburan

“Mungkin Sebab Itu Allah Tangguhkan Jodoh Saya” - Elly Arifin

“Mungkin Sebab Itu Allah Tangguhkan Jodoh Saya” - Elly Arifin

Sekilas

  • Elly Arifin berkongsi pengalaman dirinya sering ditanya tentang jodoh oleh rakan-rakan, walaupun masih solo hingga kini.
  • Dia percaya doanya untuk rezeki yang mencukupi bagi menyara keluarga mungkin menjadi sebab jodohnya belum tiba.
  • Elly menegaskan dia bersyukur dan gembira dengan rezeki yang diterima serta menerima jodoh sebagai rahsia Allah.
Advertisement

Pengacara dan penyampai radio, Elly Arifin berkongsi momen dirinya yang diajukan soalan mengenai jodoh oleh rakannya.

Menerusi Threads, Elly memaklumkan rakannya seakan tertanya-tanya mengapakah dirinya masih lagi solo sehingga ke hari ini.

Advertisement

Ujar pemilik nama Nurul Elyana Kamalul Arifin ini, dia pernah berdoa agar dikurniakan rezeki yang mencukupi kerana mahu menyara keluarga tercintanya.

“Saya pernah berdoa dengan Allah SWT untuk kurniakan rezeki pendapatan kepada saya sebab saya nak jaga dan bahagiakan keluarga saya. Bantu kawan-kawan saya dan tolong orang-orang yang memerlukan,” tulisnya.

Justeru, dia beranggapan bahawa doanya itu berkemungkinan besar menjadi antara asbab jodohnya masih belum kunjung tiba.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Elly menegaskan bahawa dia tidak pernah berasa kecewa dengan aturan hidup yang telah ditentukan, malah bersyukur dan gembira dengan segala rezeki yang diterimanya

“Mungkin sebab itu Allah tangguhkan jodoh saya. Untuk saya langsaikan hutang saya dengan Allah.

“Tapi saya sangat okey, bersyukur dan happy dengan apa yang Allah dah bagi sebab jodoh itu kan rahsia Allah,” jelasnya.

Untuk rekod, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pelawak iaitu Jiggy Masin pada 2016 sebelum berpisah pada 2020.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement