Penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahu melihat anak mereka, Siti Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila dewasa kelak.
Menurut Siti, dia juga menyimpan impian untuk mewariskan perniagaan kosmetik SimplySiti kepada anaknya kesayangannya satu hari nanti.
“Kalau betul dia minat, sememangnya dia akan mewarisi SimplySiti. Saya juga nak mendidik dia untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
“Suami pun lebih suka sekiranya Aafiyah menjadi businesswoman,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti bertempat di Glasshouse, Seputeh pada Rabu.
Berbicara mengenai produk terbarunya bersama jurusolek profesional, Epie Temerloh, Epie X Siti Pro Series, Siti memberitahu Epie dipilih kerana memenuhi cita rasanya.
“Saya kenal Epie dah lama dan ini merupakan kolaborasi pertama kami. Senang bekerja dengan Epie kerana dia sudah tahu cita rasa saya.
“Mengenai pemilihan warna, memang agak lama kami memilih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan warna-warna yang dihasilkan, sebelum keluarkan produk ini pun saya sendiri telah mencubanya terlebih dahulu,” katanya.
Foto: Instagram @ctdk