HIBURAN
"Suara Rakyat Adalah Keramat. Selamat Maju Jaya, Malaysia" - KJ
Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) meluahkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudah menjalankan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya ke 14, dan berharap yang terbaik untuk Malaysia selepas ini.
Dalam entri yang dimuat naik ke akaun Twitter, Khairy yang diumumkan mempertahankan kerusi DUN Rembau, menyanjung tinggi proses demokrasi yang dijalankan di Malaysia dan berpendapat apa sahaja keputusan adalah suara yang menggambarkan pilihan yang dibuat oleh rakyat.
"Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat.
"Selamat maju jaya, Malaysia, dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara," tulisnya.
Khairy turut menulis ucapan terima kasih menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat. Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara.— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 9, 2018
Khairy mengekalkan kerusi Rembau dengan 36,096 undi, majoriti 4,364 undi mengatasi calon gabungan PKR, Roseli Abdul Gani yang memperoleh 31,732 undi dan Mustafa Dolah (Pas), 6,028 undi.A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
Sumber: Astro Awani
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter KJ
Must-Watch Video