Sekilas
- Sweet Qismina menegur sikap segelintir masyarakat yang gemar menghakimi kehidupan peribadi orang lain tanpa sebab yang jelas.
- Beliau mengingatkan perbezaan antara memberi pendapat dan mengumpat serta mengajak semua untuk muhasabah diri.
- Perkongsian Sweet mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa sikap menghakimi boleh menjadi bentuk pembulian.
Pelakon, Sweet Qismina menegur sikap segelintir masyarakat yang gemar menghakimi kehidupan peribadi orang lain sehingga perkara yang tidak mempunyai kaitan dengan diri mereka turut dijadikan bahan perbincangan.
Menurut Sweet atau nama lengkapnya, Farhanna Qismina Supandi, setiap individu perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan kerana terdapat perbezaan antara memberikan pendapat dengan perbuatan mengumpat.
“Kita tengah hidup dalam dunia di mana semuanya perlu di-judge. Semua kehidupan orang dibuka aibnya. Semua yang tak ada kena mengena nak dibahaskan. Semua terpaling tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang.
“Ingat, ada beza bagi pendapat dan mengumpat. Always ingat untuk muhasabah diri okey? Kita berubah slowly okey?” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran Sweet.
Malah, ada yang berpendapat bahawa segelintir individu tanpa sedar sebenarnya sedang menjadi pembuli apabila terlalu mudah menghakimi dan mengkritik kehidupan orang lain.
“Dan tanpa sedar mereka sedang menjadi seorang pembuli.
“Love this! Thank you.
“Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat sebegini dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
“Ingat muhasabah diri. Insya-Allah.
“True.
“Thank you atas peringatan,” komen netizen.