Penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela sememangnya dikenali dengan imej seksi sebelum ini, namun begitu, isteri kepada Ahmad Dhani ini telah nekad untuk berhijrah dan menutup aurat.
Menurut sumber, penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi itu bukan sahaja berpakaian berlandaskan ajaran Islam, dia juga turut menukar cara hidupnya kearah yang lebih baik.
"Hidup ini ibarat proses, begitu juga hijrah, saya pasti saya masih banyak kekurangan.
"Apa yang saya lakukan sekarang hanyalah untuk mencuba belajar dan menikmati cara hidup yang diredhai Allah, semoga kita selamat sampai ke tujuanNya nanti, insya-Allah," tulis Mulan di salah sebuah entri di Instagramnya baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Mulan telah kembali aktif menyanyi setelah lama berehat sebelum ini dan apa yang pasti, imej yang dibawa kali ini lebih sopan dan berlandaskan tuntutan syariah.
Teks : Asraf Aided
Sumber : kapanlagi.com