HIBURAN
"Susah Nak Ambil Feeling Lagu Itu" - Luqman Faiz Tak Boleh Nyanyi Live?
Penyanyi muda yang popular dengan lagu Kepuraanmu, Luqman Faiz, mengakui sukar untuk menyanyi dengan baik secara live.
Tambahnya, genre lagu Kepuraanmu itu sukat untuk dibawa di hadapan penonton yang ramai dengan penuh penghayatan dan penjiwaan.
"Sejujurnya agak sukar untuk saya menyanyikan lagu itu secara live. Mungkin juga jiwa saya dan genre yang saya minati di tempat lain.
"Bagi saya untuk menjiwai lagu itu agak sukar. Insya-Allah untuk single akan datang saya akan keluarkan lagu yang lebih sesuai dengan diri saya dan menjanjikan persembahan yang lebih baik.
"Saya tidak menafikan lagu Kepuraanmu itu punyai nilai muzik yang sangat kuat, cuma saya sendiri yang tidak dapat menyanyikan dengan baik," katanya kepada Gempak.
Luqman yang ditemui pada acara Jelajah Pasar GEGAR Pagi di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini akui tercabar apabila penyanyi seangkatannya mampu membuat persembahan secara live dengan baik berbanding dirinya.
"Tipulah kalau tak rasa tercabar dengan kawan-kawan saya yang live memang 'on point'! Tetapi bagi saya kata-kata orang dan kecaman itu membuatkan saya lebih kuat untuk jadi lebih baik," tambahnya.
Baru-baru ini, persembahan Luqman menerusi lagu hitnya itu sendiri ketika satu acara hiburan secara live mendapat kritikan ramai apabila kedengaran agak sumbang.
Acara yang turut dihadiri rakan media itu sedikit sebanyak mengecewakan harapan ramai yang meletakkan penyanyi lelaki itu antara pelapis terbaik industri.
Must-Watch Video