Skip to main content

Hiburan

"Selama Tour Saya Belajar..." - Evertts Gomes Seru Peminat Lebih Peka Soal Batas Dengan Pelakon

"Selama Tour Saya Belajar..." - Evertts Gomes Seru Peminat Lebih Peka Soal Batas Dengan Pelakon

Sekilas

  • Pelakon Evertts Gomes mengingatkan peminat supaya menjaga batas pergaulan terutama ketika jelajah filem KUDRAT 1968.
  • Evertts menegaskan supaya tidak memandang ringan sentuhan fizikal dan menghormati amalan wuduk rakan pelakon lelaki.
  • Perkongsian Evertts mendapat sokongan ramai yang setuju pentingnya menjaga batas dalam interaksi sosial sebagai Muslim.
Advertisement

Pelakon, Evertts Gomes mengingatkan peminat agar sentiasa menjaga batas pergaulan, khususnya ketika berinteraksi dengan rakan lakonnya ketika jelajah bagi filem KUDRAT 1968.

Menerusi satu hantaran di Threads, Evertts mengajak peminat supaya lebih peka terhadap perkara tersebut dan tidak menganggap sentuhan fizikal sebagai sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Advertisement

"Jom kita jaga batas. Selama tour saya belajar that the boyz take wudu', so jom kita jaga batas with the boyz boleh?" tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata bersetuju dengan teguran berkenaan.

"Betul! Bukan hanya sebab mereka ada wuduk, tetapi kita sebagai Muslim juga perlu mengelakkan sentuhan dengan bukan mahram. Kita jaga batas ya semua. Kita cuba yang termampu," komen seorang pengguna.

Advertisement

Ada juga peminat yang mengakui sudah lama menantikan seseorang daripada kalangan ahli produksi atau pelakon Kudrat untuk menyuarakan perkara tersebut.

"Actually kita memang tunggu seorang daripada member Kudrat speak up pasal ni. Akhirnya! You did a great job Evertts. Salute!

"Mestilah boleh! Cukup untuk saya mengagumi kamu semua dari jauh," tulis seorang lagi pengguna.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement