gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Terkejut Dengan Tindakan Penyanyi Legend Serang Isteri, Ubai Sedia Bersemuka - “Kita Perlu Ada Rasa…”
SUKAN
Pelari Maraton Tertua Dunia Maut Dilanggar Kereta
HIBURAN
Yusuf Bahrin Anggap ‘Follow Unfollow’ Bukan Penentu Status Rumah Tangga - “Benda Ni Rare, Bila Orang Dapat Tahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Tak Ingat Sebut Lepaskan Atau Ceraikan" - Radhi OAG Diperintah Buat Sumpah Nafi

Amri Hassan
Amri Hassan
24/06/2019
07:33 MYT
Sponsor Banner
"Tak Ingat Sebut Lepaskan Atau Ceraikan" - Radhi OAG Diperintah Buat Sumpah Nafi
Vokalis kumpulan OAG, Radhi diperintah Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya untuk membuat sumpah nafi berhubung lafaz cerai yang dibuat pada isterinya Mac lalu.
Hakim Syarie Husaini Roslin memerintahkan Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 41, memerintahkan demikian selepas penyanyi itu memberi alasan tidak mengingati lafaz cerai yang dibuat terhadap Nur Shahira Ayu Zahir, 25.
"Sumpah saya tidak ingat.... Saya juga tidak pasti sama ada saya sebut 'lepaskan' atau 'ceraikan' tapi tarikh itu betul saya rasa," katanya ketika diminta mengesahkan mengenai lafaz cerai tersebut oleh Hakim Syarie Husaini.
Terdahulu semasa prosiding, Nur Shahira Ayu atau nama panggilannya Ayu menegaskan bahawa dia mendengar sendiri lafaz cerai yang dibuat Radhi melalui lisan pukul 4.20 pagi pada 25 Mac lalu.
Semasa prosiding Ayu turut memberitahu mahkamah bahawa lafaz cerai yang dibuat Radhi berikutan berlaku pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.
Selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak, Husaini kemudian menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan semula permohonan lafaz cerai termasuk Radhi perlu melakukan sumpah nafi terhadap lafaz cerai itu.
"Sumpah nafi ini penting kerana kesannya adalah besar di dunia dan akhirat, jadi mahkamah memberi ruang untuk kamu (Radhi) mengenai lafaz yang telah dibuat," kata Hakim Syarie Husaini.
Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.
Shahira selaku plaintif memfailkan tuntutan cerai terhadap Radhi selaku defendan pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Radhi OAG
#cerai
#Penyanyi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement