Skip to main content

Selebriti

Rindu Arwah Bapa, Asfan Shah Ulang Dengar Voice Note Lama - “Aku Angkat Fon, Call, Baru Teringat Abah Dah Tak Ada…”

Rindu Arwah Bapa, Asfan Shah Ulang Dengar Voice Note Lama - “Aku Angkat Fon, Call, Baru Teringat Abah Dah Tak Ada…”

Sekilas

  • Asfan Shah berkongsi pengalaman sukar menerima kehilangan bapanya ketika ingin berkongsi berita gembira dalam kerjaya seni.
  • Dia pernah secara spontan mahu menghubungi bapanya untuk berkongsi pencapaian, tetapi teringat bapanya sudah tiada.
  • Asfan menyimpan perbualan lama dan pesanan suara bapanya sebagai kenangan untuk mengubat kerinduan.
Advertisement

Penyanyi, Asfan Shah mengakui bukan mudah untuk berdepan dengan kehilangan insan tersayang.

Lebih-lebih apabila terpaksa menerima hakikat bahawa bapanya sudah tiada ketika dia ingin berkongsi berita gembira mengenai momen membanggakan dalam kerjaya seni.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Asfan berkata dia pernah secara spontan mahu menghubungi bapanya menerusi telefon untuk berkongsi berita gembira mengenai pencapaiannya dalam industri seni.

Bagaimanapun, Asfan kemudiannya tersedar bahawa bapanya sudah tiada.

“Masa arwah abah aku baru meninggal, ada satu benda best jadi dekat aku fasal pencapaian dalam industri ni.

Advertisement

“Aku angkat phone, aku call abah aku dalam kereta. Then baru aku ingat, abah dah tak ada,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Asfan berkata dia mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Malah katanyaX perbualan lama dan kiriman pesanan suara daripada arwah bapanya menjadi antara kenangan yang masih disimpan untuk mengubat kerinduan terhadap insan tersayang itu.

“Beberapa tahun juga. Bila aku rindu arwah abah, aku baca Whatsapp balik. Aku dengar voicenote dia,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement