Skip to main content

Budaya Popular

Tom Cruise Temui Pengganti Katie Holmes

tom_1.jpg
Aktor popular Hollywood Tom Cruise, 55, dikatakan telah bertemu pengganti bekas isterinya, Katie Holmes.

Menurut laporan  Mirror.co.uk, Tom kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang pelakon muda Hollywood, Vanessa Kirby, 28.

"Tom telah menemui pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya lima tahun lalu.

"Hubungan percintaan mereka kini semakin serius dan pasangan ini juga sering dilihat keluar bersama tanpa berselindung di khalayak.

"Mereka juga sudah mengenali di antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu," kata sumber.

Tambah sumber, Vanessa Kirby bakal bergandingan dalam filem sekuel Mission Impossible 6 bersama Tom.

Bahkan, Tom yang juga merupakan salah seorang produser telah memilih sendiri Vanessa untuk membintangi filem tersebut.

Terdahulu, Tom berkahwin dengan Katie Holmes pada tahun November 2006 dan bercerai pada Julai 2012. 

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suri Cruise.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement