Sekilas
- Video Akim Ahmad menyanyikan lagu Mahakarya Cinta tular ketika beliau menjadi juri tetap di program Big Stage Rocketfuel.
- Penonton terkesan dengan kelunakan suara Akim dan ramai mengajak orang ramai mengundi beliau untuk menyertai Gegar Vaganza Fantasia (GVF) supaya dapat mendengar lagu itu secara penuh.
- GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan undian bermula sekarang hingga Jumaat, manakala GV13 bersiaran setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Video yang merakamkan penyanyi, Akim Ahmad menyampaikan lagu Mahakarya Cinta nyanyian asal Faizal Tahir kembali tular di media sosial.
Momen tersebut berlaku ketika Akim bertugas sebagai juri tetap dalam program realiti nyanyian Big Stage Rocketfuel.
Ketika itu, Akim sedang memberikan tunjuk ajar kepada salah seorang bintang program berkenaan iaitu Hussain tentang cara menyampaikan dan menghayati lagu dengan baik ketika membuat persembahan sewaktu bertugas sebagai juri.
Nyanyian ringkas itu ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada penonton apabila ramai mengakui masih belum boleh ‘move on’ dengan kelunakan suara Akim ketika menyampaikan lagu berkenaan.
Malah, ada antara mereka yang mula mengajak orang ramai mengundi Akim untuk menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) kerana mahu mendengar penyanyi itu membawakan lagu Mahakarya Cinta sehingga selesai di pentas pertandingan.

Rata-rata netizen berpendapat lagu tersebut layak dipersembahkan secara penuh memandangkan potongan nyanyian Akim sebelum ini sudah cukup membuatkan mereka terpukau.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Some songs deserve more than just a little snippet, salah satunya ini (semoga ada rezeki ya, mana tahu dapat dengar dekat GV Fantasia).”
“Aku nak dia masuk, nak suruh dia nyanyi lagu ni woi.”
“Maaf, masih tak boleh move on lagi Akim nyanyi lagu ni.”
“Wehhh please vote Akim. Nak dia nyanyi lagu Mahakarya Cinta masa tergantung hari tu. Sumpah best!”
“Ini Lee Hong Ki, sedapnya suara.”
GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.
Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.
Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.
BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?
Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?
GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang.
Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.
Sumber: Threads