HIBURAN
Tutup Ruangan Komen, Nabila Razali Enggan Panjangkan Isu Perah Susu Lembu
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menyatakan isu foto memerah susu lembu di Australia yang menjadi tempat lambakan komen lucah tidak perlu dipanjangkan.
Oleh sebab itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen foto tersebut.
"Bagi saya perkara itu tidak perlu dibahaskan.
"Foto itu ketika saya berada di Australia. Saya merasakan apa salahnya berkongsi aktiviti ketika berada di sana.
"Malangnya foto itu telah disalahtafsirkan oleh orang luar namun saya merasakan perkara itu tidak perlu dipanjangkan lagi.
"Jadi, disebabkan itu saya memilih untuk menutup ruangan komen supaya netizen yang 'otak kuning' tidak terus komen yang bukan-bukan," katanya kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika majlis E! Samsung Galaxy Party yang diadakan di W Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Vroom Vroom berkata tidak elok jika foto itu dipadam kerana ia merupakan satu tindakan tidak wajar.
"Netizen masih boleh melihat foto tersebut. Saya merasakan kalau foto itu dipadam, akan timbul rasa tidak menyeronokkan," katanya lagi.
Must-Watch Video