gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”
BERITA
Kanak-Kanak Enam Tahun Dirogol Ketika Hadiri Majlis Perkahwinan
HIBURAN
Roziana Cindy Lancar Lagu 'Tinggalkan Luka'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Video Smule Abang Bomba Tular Di Youtube Rupanya Anak Saleem Iklim?

gempak
Fiza Kamarudin
01/03/2017
14:58 MYT
Sponsor Banner
Video Smule Abang Bomba Tular Di Youtube Rupanya Anak Saleem Iklim?
Video Smule seorang anggota bomba yang sedang tular di laman sosial Youtube dan mempunyai suara mirip Saleem rupanya anak lelaki kepada vokalis Iklim itu.
Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Nursyafiq Farhain dikatakan aktif menyanyi di aplikasi Smule dan videonya mula menjadi perkongsian di Youtube sejak dua hari lalu.
Nursyafiq yang menyanyikan lagu cover Iklim berjudul Mimpi Yang Pulang telah dimuat naik lebih daripada 10 pemilik akaun Youtube.
Selain itu, beberapa pengguna akaun Youtube juga telah memuat naik video nyanyian Nursyafiq membuat persembahan di beberapa buah majlis.
Rata-rata komen yang terdapat pada setiap video nyanyian Nursyafiq ialah, mereka mahu bakat anggota bomba ini diketengahkan seperti bintang Youtube terdahulu.
Mereka turut memberi komen positif yang mengatakan Nursyafiq adalah pelapis kepada bapanya, Saleem kerana suara serak-serak basahnya 99 peratus sama seperti penyanyi popular 90an itu.
Beberapa komen di YouTube turut memberitahu, Nursyafiq kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat di Johor Bahru.
Di bawah merupakan video nyanyian Nursyafiq yang Gempak kongsikan kepada anda semua. Layan dan nilaikan sendiri! Memang sama okay!
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Penyanyi
#Viral
#Anak Saleem Iklim
#Saleem
Must-Watch Video