HIBURAN
Wow, Hebatnya! Siti Nurhaliza Hadiahkan Satu Lagu Buat Peminat Setiap 100 Ribu Subscribers!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza punya banyak cara untuk menghiburkan peminat-peminat melalui rangkaian media sosial miliknya.
Kalau dahulu, hanya video seminit yang dapat dikongsi di Instagram miliknya, tapi sejak mempunyai saluran YouTube sendiri, Siti Official Video, banyak video yang dapat dikongsi Siti.
Bukan sahaja terhad kepada video nyanyian, tetapi Siti juga berkongsi video-video percutian keluarga, majlis keraian, video bersama puteri kesayangannya, Aafiyah dan banyak lagi.
Malah, Siti juga berjanji untuk menghadiahkan sebuah lagu setiap kali subscriber di YouTube beliau meningkat setiap 100 ribu orang.
"Seperti yang saya janjikan, setiap kali subscriber saya meningkat angka 100k, saya akan menghadiahkan lagu buat anda.
"Sempena angka 300k subscribers, saya hadiahkan lagu Kasihku Selamanya yang sempat saya nyanyikan selepas latihan persembahan untuk konsert mini ShopeeXSimplySiti.
"Maaf kerana terlambat sikit kerana jadual saya yang agak padat beberapa minggu ini. Enjoy ya!Sila ke youtube Siti Official Video untuk menonton video penuh lagu ini," tulis Siti sambil berkongsi sedikit video nyanyiannya di Instagram.
Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai 6.7 juta pengikut di Instagram, 2.5 juta pengikut di Twitter, hampir sejuta di Facebook Page dan terbaru 316,000 subscribers di saluran YouTube beliau.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video