TEKNO
Maserati Bakal Perkenalkan Enjin Nettuno Yang Guna Teknologi F1
Maserati menghasilkan enjin baharu mereka, Nettuno dengan menggunakan teknologi jentera Formula Satu (F1) yang akan dilancarkan pada September ini.
Enjin untuk kenderaan super sportscar itu direka di kemudahan Maserati di Modena, Itali yang akan diletak pada model baharu iaitu MC20.

Rangkaian kuasa 3 liter dengan kongfigurasi V90 ° enam silinder itu turut dilengkapi turbo berkembar yang menghasilkan 621hp pada 7,500rpm serta tork setinggi 730Nm bermula 3,000rpm.

Buat masa ini, Maserati tidak mendedahkan kotak gear apa yang bakal digunakan pada enjin berkenaan.

- Kapasiti: 3.0 Liter
- Kuasa Maksimum: 621hp pada 7,500rpm
- Tork Maksimum: 730Nm antara 3,000 sehingga 5,500rpm
- Berat: Kurang 200kg
- Emisi: EU6D
Must-Watch Video