
Dengan
transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF yang menggerakkan roda belakang, sedan dari Itali ini mampu memecut
dari 0 hingga 100km/j 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 255km/j. Jika dibandingkan dengan versi diesel V6, kadar emisi CO2 dikurangkan sebanyak 25 peratus.

Seperti Mercedes-Benz dan BMW, Maserati menggunakan warna biru sebagai petunjuk kepada pacuan hibrid yang digunakan oleh model ini. Warna itu boleh didapati pada liang udara sisi, angkup brek, logo Trident pada tiang belakang serta pada tempat duduk menerusi jahitan dan logo Trident pada perehat kepala.

Selain itu, Ghibli Hybrid turut mendapat
rekaan lampu dan jeriji yang diperbaharui, manakala lampu belakangnya kini dihiasi dengan signatur boomerang yang diinspirasikan oleh 3200 GT dan Alfieri Concept.

Pembaharuan untuk ruang dalaman pula didatangkan dalam bentuk
kluster instrument digital sepenuhnya dan skrin berukuran 10.1 inci yang memberikan akses kepada sistem infotaimen Android Automotive.

Menerusi model terbaru ini, Maserati turut memperkenalkan program Maserati Connect yang ditugaskan untuk memantau status kenderaan selain mengemas kini pakej-pakej perisian.