,
Laman Utama

“10 Atau 20 Tahun Lalu Mungkin Saya Dah Merasa Berlakon Filem Hollywood, Tapi Sanggup Ke Bercium?…” – Tiara Jacquelina

Fiza Kamarudin
25/11/2021
14:38 MYT
Pelakon dan penerbit popular, Puan Sri Tiara Jacquelina tidak menyesal menolak tawaran berlakon dalam beberapa filem Hollywood sebelum ini.
Katanya, atas faktor budaya dan menjaga sensitiviti dia nekad untuk melepaskan peluang yang menjadi impian semua anak seni yang mahu melebarkan sayap ke peringkat global.
“Jika 10 atau 20 tahun lalu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood. Tapi sebenarnya tak semudah yang dibayangkan (nak pergi ke sana) sebab budaya Asia kita. Saya ‘old fashion’ sikit orangnya kadang-kadang.
“Lagipun tak semua yang berjaya ke sana, sebab ada benda yang sanggupkah kita buat kalau berlakon di Hollywood? Banyak halangan, contohnya kalau babak bercium, takkan saya nak tolak dan jawab ‘I don’t do kissing’,” katanya.
Tambah Tiara lagi dia pernah ditawarkan berlakon dalam dua buah filem Hollywood namun terpaksa menolaknya.
“Sampai sekarang ada orang tanya, bila saya boleh ke sana. Sejujurnya ada ejen panggil saya sertai uji bakat untuk watak orang Asia yang kita sedang tengok sekarang.
“Tahun ini ada, tahun lepas punya pun ada. Tapi saya tak nak beritahu tajuk. Cuma apabila tonton filem itu, saya kata dalam hati, kalau saya pergi uji bakat, mungkin yang bawakan watak itu adalah saya,” ujarnya.
Perkara tersebut dikongsi Tiara ketika sesi siaran langsung di Instagram bersama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) pada malam Selasa lalu.
Wawancara tersebut diadakan sempena sambutan Festival Filem Malaysia (FFM) ke 31 yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.
Sesi bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Ia dikendalikan editor hiburan yang bertindak sebagai moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain Tiara, beberapa artis lain yang turut berkongsi kisah mereka ialah Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin. Malam ini, Syamsul Yusof dan akan datang, Mawi, Yana Samsudin, pengarah serta penerbit filem seperti Ziela Jalil, Fadzil Teh dan A Aida.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

gempak
11/05/2024
03:55 MYT
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.   Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Laman Utama

Ekstravaganza Muzikal, Astro Showcase Meriah, Dapat Sentuhan Magis Daripada Tiara Jacquelina

gempak
21/07/2023
13:24 MYT
Memang sangat meriah!
Laman Utama

Dream Forest Bawa Pengunjung Nikmati Keindahan Hutan Teknologi Yang Penuh Kisah Lagenda Langkawi

gempak
28/02/2023
12:00 MYT
Menakjubkan
Laman Utama

Isu Parking Van Seniman Di Finas Akhirnya Selesai, Zed Zaidi : “Selepas Membuat Bantahan Kenderaan Itu…”

gempak
12/02/2023
04:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Penonton Nak Tengok Pelakon Cantik & Berbakat! Tapi Apa Pendirian Noorkumalasari, Sharifah Rose & Hariz Hamdan?

gempak
15/11/2022
05:45 MYT
Sesi forum berjudul Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? dianjurkan oleh WHAM