Skip to main content

Hiburan

“Kalau Boleh Kita Jangan Pertikai Rezeki…” - Siti Khadijah Anggap Zarra Zhaf & Aghniny Haque Layak Dapat Anugerah

Siti Khadijah

Sekilas

  • Pelakon Siti Khadijah Halim menyokong kemenangan Zarra Zhaf dan Aghniny Haque di FFM35 kerana bakat lakonan mereka dalam filem Khadam.
  • Beliau menegaskan bahawa usia dan kewarganegaraan tidak seharusnya menjadi isu dalam pengiktirafan bakat seni.
  • Filem Khadam turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik di FFM35, menambah kejayaan pelakon-pelakonnya.
Advertisement

Kemenangan pelakon remaja Zarra Zhaf dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan penerima Anugerah Khas Juri iaitu aktres Indonesia, Aghniny Haque di Festival Filem Malaysia 35 (FFM35) dipersoalkan segelintir pihak. 

 

Advertisement

Sebagai rakan seperjuangan dalam filem Khadam, pelakon Siti Khadijah Halim beranggapan Zarra dan Aghniny sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut disebabkan bakat lakonan mereka. 

 

"Saya tahu perkara ini sensitif sebab kita mengiktiraf Aghniny. Dan saya rasa Aghniny juga wajar mendapatkan anugerah itu kerana bakat dia. Kita tolak tepi warganegara dia tapi bakatnya memang tak dinafikan sangat bagus dalam Khadam.

Advertisement

 

“Dan untuk Zara juga, saya rasa mungkin tahun ini berbeza sedikit tentang umur, had umur. Dan Zara memang tak dinafikan juga seorang pelakon yang sangat bagus. Saya bekerja dengan dia, dia tidak seperti kanak-kanak sebaya dia. 

 

“Dia seperti sebaya saya. Kematangan dia dalam lakonan, cara dia lafazkan dialog, dan cara dia berborak biasa dengan orang dewasa kan. Jadi Zara untuk ada dalam kategori itu dan menang itu, saya sendiri bangga,” katanya kepada Gempak. 

 

Siti Khadijah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran UTV Nusantara dan lagu Janji Untuk Setia di Waldorf Astoria Kuala Lumpur pada Isnin. 

 

Dalam pada itu, Siti Khadijah juga memberitahu tidak perlu untuk mempertikaikan rezeki yang sudah tertulis untuk mereka berdua. 

 

"Saya cuma nak cakap satu je, kita makan nasi pun boleh jatuh daripada mulut kita. Jadi rezeki tu akan datang pada tepat masanya. Kalau itu rezeki Zara dah tertulis, tu rezeki dia. 

 

“Kalau rezeki orang tu lain kali, lain kalilah. Jadi kita kalau boleh kita jangan pertikaikan tentang rezekilah sebab yang datang baik yang buruk daripada yang esa, Allah,” ujarnya. 

 

Untuk info, filem Khadam lakonan Aghniny, Zarra dan Siti Khadijah itu juga dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM35. 

Anda mungkin berminat dengan

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement