Dunia hiburan dan sukan Korea Selatan sedang kecoh dengan berita mengejutkan yang datang daripada salah seorang atlet kebangsaan mereka.

Nam Hyun Hee adalah seorang atlet lawan pedang yang telah mengharumkan nama negara dengan beberapa kemenangan di peringkat Olimpik.

BERITA TRENDING: Sibuk Bergaduh Isu Pengkid, Lain Pula Netizen Perasan - “Kenapa Muka Enot Nampak Lain?"

Namun dia menjadi sensasi selepas mengumumkan akan berkahwin dengan kekasih, Jeon Chung Jo.

Apa yang mengejutkan, hanya selepas tiga pengumuman dibuat, identiti sebenar Chung Jo terbongkar.

Dispatch melaporkan Chung Jo adalah seorang wanita dan mempunyai senarai jenayah sehingga pernah disumbat ke dalam penjara.

BERITA TRENDING: Kes Pengkid Berihram Lelaki Di Makkah Dah Selesai Rupanya Sebulan Lepas, Netizen; "Sajat Dah Boleh Balik..."

Chung Jo antaranya telah menipu pelabur selain pernah memperdaya salah seorang ahli keluarga Hyun Hee sebanyak RM319,000.

Kerana kontroversi yang tercetus, Hyun Hee, 42, telah membatalkan perkahwinan mereka.

Menerusi temu bual terkini, Hyun Hee mengaku sedar identiti kekasihnya seorang wanita yang telah menukar jantina kepada lelaki.

“Dia kini wanita selepas menukar jantina. Saya memang membuat keputusan berkahwin dengannya walaupun tahu dulu dia wanita. Tapi kini dia lelaki,” ujar Hyun Hee menerusi temu bual bersama Chosun Woman seperti dilaporkan Koreaboo.

Namun atlet tersebut tidak pernah tahu kekasihnya juga seorang penjenayah dan dia sedang ditipu. Chung Jo antaranya mengaku dia seorang seorang usahawan yang lahir daripada keluarga kaya.

Chung Jo juga sempat memerangkap Hyun Hee dengan mendakwa dirinya telah hamil hasil hubungan asmara sehingga membuat mereka perlu berkahwin. Namun atlet tersebut sempat ragu kerana kekasihnya tidak mempunyai sperma (kerana dia wanita) dan hasil 10 tes kehamilannya yang berbeza.

BERITA TRENDING: Mona Allen Teringin Jadi Pengkid

Hasil pendedahan yang dibuat, Chung Jo kini ditahan pihak berkuasa kerana didapati telah menganggu dan mengintip Hyun Hee serta ibu di kediamannya.